ilhamelanie
aku tulis apa yang aku rasa nak tulis sapa rajin nak baca..harapnya tak buang masa
Tuesday, November 26, 2024
Asam pedas sedap
walaupun berabuk bersawang..marilah kitq guna apa yg ada.Sebab kak mel nak created resepi cookidoo so kita letak sini
resepi asam pedas sedap gila,setakat ni mmg pakai yg ni utk ikan.
---
Bahan-Bahan
Bahan A:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 g halia
3 cm belacan (pilihan)
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam
Bahan B:
100 g minyak masak
100-150 g cili kisar (boleh tambah kalau nak pedas)
Bahan C:
500-600 g air
1 batang serai - diketuk
Daun kesum - segenggam
3 sudu teh pes asam jawa (lebihkan jika suka masam)
1 sudu teh halba
40 g gula melaka
2 sudu teh garam
Bahan D:
1 batang bunga kantan - dibelah dua
1 biji tomato - dibelah empat
Bendi - ikut selera
Bahan E:
4-5 keping ikan tenggiri (boleh guna ikan lain)
---
Cara-Cara
1. Kisar dan Tumis Bahan A:
Masukkan bahan A ke dalam Mixing Bowl. Kisar selama 30 saat | Speed 10.
Kemudian, tumis selama 5 minit | 120°C | Speed 1.
2. Masak dengan Bahan B:
Tambah bahan B, kemudian tumis selama 6 minit | Varoma | Speed 1.
3. Masukkan Bahan C:
Letakkan Cover Blade, tambahkan bahan C, dan masak selama 4 minit | 100°C | Speed 1 | Reverse.
4. Masukkan Bahan D:
Tambah bahan D, masak lagi selama 4 minit | 100°C | Speed 1 | Reverse.
5. Masukkan Bahan E:
Akhir sekali, tambahkan ikan tenggiri (bahan E) dan masak selama 4 minit | 100°C | Spoon Speed | Reverse.
6. Periksa dan Hidang:
Sesuaikan rasa sebelum
Monday, October 28, 2013
Burger sendiri
Last day cuti pantang today..sepanjang berpantang half rumah mil then half rumah sendiri.Alhamdullillah..happy...banyak benda dpt buat..yg x terbuat dpt buat.
For the last day nie..nak masak burger...yeay...!!!
Kenapa burger..sebab nk test..hahah..biasa en suami yg buat..
Barang;kuali leper..sudip..penekap patty
Bahan:daging kisar,lada hitam,garam and secret rerempah reratus..hahahaa..
Roti bun burger..
Imaan pun dah tido..esok imaan 2 months..alhamdullillah.
Tuesday, December 4, 2012
Alhamdullilah
Alhamdullillah.sangat gembira dengan kerja baru ni.
Sangat merasa senang dan tenang dengan persekitaran.
Alhamdullillah.
Sesungguhnya perancangan MU adalah yg terbaik.
Terima kasih Allah
Tuesday, November 6, 2012
JANGAN
J.A.N.G.A.N..
Satu perkataan yang sangat kuat dan berkesan pada aku.Dulu masa kecik2,ada satu kisah,mamoo(panggilan ibu dalam bahasa perancis) dah cakap, jangan lalu belakang rumah sipolan(jalan tu shortcut ke kedai)
aku yang kononnya "alah..bukan mamoo taupun"pergilah lalu jugak belakang rumah sipolan.Rumahnya bersemak kat belakang,"oh!mungkin pasal ini mamoo tak bagi lalu sini,aku langkah berhati hati takut terpijak kaca/tersepak apa2 dalam masa sama langkah kaki cepat cepat.
sekali "BAAAAABBBB!!!twinkletwinkle litle starrr"kepala rasa bengang,aduhhhh!rupanya terlanggar kayu tanggam rumah(yg support rangka rumah dulu2.sakitnya..tapi takpa...jalan je.sikit ja nie..muka maintain cool..dah sampai kedai..hooyeahh..balik rumah..
Cepat je maman tanya,"kenapa dahi tu?"
Aku jawab,"oh!terlanggar kayu tadi,sakit gak"
maman balas balik"itu pasal saya(maman guna saya bila bercakap dengan anak2nya)cakap jangan lalu balakang rumah sipolan..ada kayu besar situ kan.."
aku tengok cermin...BESARRRR sangat benjol didahi...!!!!dah takleh sembunyi...
kisah itu 20 tahun dulu..
Kini aku dah rasa macam alergik dengar perkataan JANGAN disebut oleh orang yang tak ada ilmunya,tak ada tahunya,sekadar sebut jangan.Dulu maman kata jangan lalu belakang sebab maman tau ada kayu besar yang boleh kena kepala kalau nasib tak baik).
kini perkataan jangan seolah digunapakai sesuka hati..tanpa suka menerangkan sebab kenapa.Asalkan boleh sebut jangan,ia juga satu bentuk "kuasa" yang diguna untuk berkuasa atas seseorang..
"jangan lalu(lintas) belakang orang tua,tak baik."tak jumpa cari kat mana yang katanya biadap,rasanya selagi tunduk mintak izin lintas dibelakang atau didepan dengan bongkokkan badan sikit dan depankan sikit tangan kanan,tiada yang jangannya disini.
"jangan suka menoleh ke belakang(bagi yang mengadakan kenduri doa selamat ke mekah),dikata nanti meninggal di Mekah dan tak sempat balik."Bukankah meninggal di Mekah itu satu keuntungan, alangkah beruntung seseorang yang meninggal dalam perjalanan melaksanakan ibadah!!
"jangan minum air banyak banyak,tak bagus"aik????bukankah air putih 8 gelas sehari memang dibuktikan secara saintifik mempunyai banyak kesihatan.
apa pun,aku amat penat dengan JANGAN ini..
Saturday, August 4, 2012
setahun sudah berlalu
dah setahun berlalu..
dah setahun kerja di KIMB,tanrikh 1st Ogos ku tender resignation..
mungkin panjang lagi perjalanan ku dalam bidang insurans nie..
bukan tak best kerja di KIMB,best cuma tak kemana...
bukan takder masa break di KIMB,cuma bila break keje menimbun..
bukan takder masa bergembira di KIMB,cuma tak lalu nak bergembira...semua terkambus dengan kerja masing2..
bukan tak mencabar kerja di KIMB,cuma yang itu..itu jer la sampai sudah..titik.
bukan tak diberi kerja lain di KIMB,cuma masa bila nak tgk kerja lain bila kerja sendiri macam budak2 tahun kena dijaga..
alhamdullillah...
dapat lalui setahun ini dengan pengalaman...
ada banyak class insurans lain
hipokrasi manusia
busuk hati manusia
ada yang iri hati
ada yang memang tak senanng tgk org senang
ada yang menyusahkan
ada yang sebenarnya memang tak pandai
ada yang hidupnya nak macam tue je
ada yang 24 jam mengeluh dan mengeluh
ada yang asyik mencari kesilapan orang lain
dan kemuliaan kemurahan hati manusia
persaudaraan dirasai tulus
keikhlasan jelas
mengambil berat mengambil tahu
berbelas ihsan antara satu sama lain
berkongsi apa yang ada
berkongsi pengalaman
berkongsi makanan
berkongsi cerita
terima kasih KIMB,tak pernah sekalipun aku menyesal cuma sampai masanya untuk mencari yang lebih baik..
insyaAllah...1 oktober ku ditempat baru..
Friday, July 15, 2011
first day
esok brmulalah perjalanan baru aku ditempat kerja baru.
setelah 3 tahun 6 bulan dan 3 hari bekerja dengan company yang last.
peliknya,semalam aku mimpi bos aku dan tempat lama aku kerja.stress nya aku,jadi trauma skejap when jaga dari tido,aku memang stress kat tempat lama.stress yang buat aku blah.
ada masa kita memang takleh tahan,so aku let go..dulu ingatkan tempat lama aku,tempat sampai aku bersara.tak sangka aku resign jua..dengan final exam 27hb ni,memang kerja gila.
ok,kena fokus pada tempat kerja baru,semangat baru,kerja baru,tanggungjawab baru,harapnya aku dapat mulakan dengan baik di company baru ini.
amin...

Saturday, June 25, 2011
soto
cakap pasal soto..nie pun best..ingat time cuba buat dulu.tang soto tue tensen sikit pasal pecah and tak cantik..rupanya buh dalam peti ais dulu baru goreng..hemph...
waji cuba gak nie..;)
A. Sup
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik
11. 2 biji buah keras, kalau suka
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih
sekurang-kurangnya satu jam
13. 3 sudu makan minyak masak
14. Gula dan garam
Cara
1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya
B. Pegedil
1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng
Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.
C. Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula
Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.
D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)
Cara
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)

Subscribe to:
Posts (Atom)